Wednesday, November 23, 2016

>> Dah sedia ke?


Nak Kahwin?
dah sedia ke atau belom...
oh tidak bukan persiapan majlis...
apa yang saya maksudkan adalah...
diri sendiri, iman, akhlak, rohani....
tarik nafas renung kan kembali....
so kita berada di mana?
tengah2, boleh la...atau pun serba boleh...

jika kita mahukan majlis yang sempurna...
bagaimana pula diri kita...
tanpa ada persediaan menuju alam rumahtangga
bermula dari sekarang...
perbaiki diri dalam amalan, baca Al-quran...
rajin2 kan diri...buang sikap malas...
paksakan diri utk ringankan tulang...
tidak kira lelaki atau perempuan...
kerana bila sudah berdua
tiada istilah aku, kau...
tapi kita...
rumah kita, syurga kita....
InsyaAllah...




Tuesday, July 19, 2016

>> Awak

>> Awak

satu hari sy tertanya...
siapa awak yang tiba2 hadir dlm hidup saya....
perlu atau tidak saya terima awak...
perlu atau tidak sy tolak awak lg..

namun semakin panjang masa itu...
lagi banyak saya kenal tentang awak...
tapi kenal sekadarnya saja...
saya buka hati untuk awak...
saya terima siapa awak....
saya yakin tentang awak...

dalam hidup ni satu yang perempuan tunggu...
lelaki yang sungguh2 nak kat dia...
untuk menghalalkan hubungan..
lillahitaala...

awak...
yang bakal jadi imamku..
terima kasih...
Alhamdulillah

Monday, June 20, 2016

>> Tiba2 muncul

>> Tiba2 muncul

Kau...
kenapa tanpa kabar,
tanpa berita....
tiba2 msj dari kau muncul kembali...
setelah beberapa tahun diam menyepi...

aku sombong kerana kau sudah berkeluarga...
x perlu msj tanya kabar aku di sini...
aku rela kau terus lupakan aku...
lebih bagus aku hilang terus dari memori kau...

Dan Kau pula...
kenapa baru sekarang muncul...
hampir setahun ini...
seboleh2 nya jgn pernah igt pasal aku...
setelah aku buang segala contact no...
knp tdk pernah pujuk aku ketika aku masih sudi...

aku...
juga punya masalah sendiri...
kenapa perlu sorang2 muncul kembali..
adakah cuba utk menggoyah perasaan aku....
kau dan kau...
aku harap sgt2...
maafkan aku...
lupakan aku...
igt mudah untuk aku lupakan korang...
dah tu tiba2 muncul tanpa rasa salah...

tension + serabut + sakit hati.....


>>serabut

>> serabut...

bila kau da start merancang masa depan..
masa depan dgn seseorang..
lagi2 bila ada perbincangan dgn keluarga....
yang sorang abg begini...
yang sorang begini...
yang sorang begitu...
belum lagi pendapat kakak2...
time2 gini aku rindu Abah...
andai Abah masih ada.....
xkan ada byk pendapat...
semua respect pendapat Abah...
y tertekannya aku....
y merasanya aku...
y serabutnya aku....
dan yang nk kahwinnya aku....

sampai kadang aku pikir...
relationship always complicated...
tanpa ada perbincangan dgn satu pihak lagi....
senyap...x perlu ke bincang?
hanya pendapat tp makes me really desperate...
malas nak pikir....tp ttp kena pikir....
tension....tekanan jiwa...




Thursday, May 26, 2016

>> Allah S.W.T menolak 1 daripada 3 doa Rasulullah S.A.W



'Amir bin Said daripada bapanya berkata bahawa

"Suatu hari Rasulullah s.a.w telah datang dari daerah berbukit.
Apabila Rasulullah s.a.w. sampai di masjid Bani Mu'awiyah baginda
masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat.
Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasullullah s.a.w.
Kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa yang agak panjang
kepada Allah SWT. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah s.a.w.
berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud:

"Aku telah memohon kepada Allah SWT tiga perkara, dalam
tiga perkara itu Allah SWT hanya memperkenankan dua perkara
sahaja dan satu lagi di tolak.

Thursday, May 19, 2016

>>Mari belajar tajwid

>>Mari belajar tajwid

copy paste dr facebook..

ROMANTIKNYA SEORANG AHLI TAJWID DGN ISTERI

Isteriku, saat pertama kali berjumpa denganmu,
aku bagaikan berjumpa dengan Saktah
hanya bisa terpana dengan menahan nafas sebentar.

Aku di matamu mungkin bagaikan Nun Mati di antara idgham Billaghunnah,
terlihat, tapi dianggap tak ada.

Aku ungkapkan maksud dan tujuan perasaanku seperti Idzhar,
jelas dan terang.

Wednesday, April 20, 2016

>> Rahsia

Rahsia...

Rahsia x lagi rahsia bila seseorang tahu rahsia tersebut....
perahsia pula org y suka memendam rasa
dan tidak mahu berkongsi rahsia...
pegang rahsia ialah orang yang diamanahkan jaga rahsia...
taip perkataan rahsia berulang kali...
sampai terpaksa google wujud atau x perkataan rahsia...
ah rahsia...terlalu banyak rahsia....



Thursday, April 14, 2016

>> kanak2 riang

>> kanak2 riang

kekanakan
tawanya memecah sunyi....
nakalnya menunjukkan akalnya sedang berhubung...
kadang terjatuh namun tega jg berlari...
kadang makan pun kada sawat...
yang tahu bermain sahaja...
alangkah indahnya zaman kekanakan itu...
kadang berperagah...
kadang beungah...
arainya terkureheng...
langsung tiada masalah...
tahunya bila keuyuhan mata tekijim...
sunyian rumah....rupanya terguring sorangan...
nah zaman kekanakan itu x boleh diulang....
rindu....




Friday, April 1, 2016

>> Sat /Sekejap

Sat /Sekejap

Sekejap atau org kedah panggil sat...
selalu x lama...
tapi sat dia ni..
boleh bwk dr mkn tghhri, ptg ke mlm...
bp kilometer berjalan...
dari kt opis sampai ke rumah...
x sampai2 sat dia...
x tau sesat mana....
sabar je la kan....

>_<

Wednesday, March 30, 2016

>> Kenangan



Kenangan..

Memori dan kenangan….
Baik atau buruk…
Tetap tertanam dlm ingatan…
Samaada mahu lupakan atau biarkan di situ….
Kadang kenangan hadir utk mematangkan diri….
Memori semalam jika manis…
Bila terkenang ianya ttp manis…
Bila pahit ianya ttp pahit…
Kenangan jdkan pengalaman…
Yang baik jadikan panduan…
Yang buruk jdkan sepadan…

Sesungguhnya tiap perkara yang berlaku
Dalam hidup kita…
Ada hikmahnya…
Allah lah sebaik2 perancang…
tarik nafas dan ucap...
Alhamdulillah...
terima kasih Allah...
 

Friday, March 25, 2016

>> Jaga2 menjaga hati



Jaga2 menjaga hati….

Asyik ttg perasaan, hati, suka, cinta…..
Jap.....satu yang utama.....
serah diri bulat2 pada yang esa...
jgn terlampau asyik dgn manusia....
manusia walau sayang, suka kita padanya...
tak mampu tanding sayang Allah pada kita....
sayang Allah pada kita xkan hilang....
kau jatuh, lupakan Allah...
tapi Allah ttp beri rezeki pada kau...
tu maknanya Allah masih sayang....
tapi kau...masih lagi mencari cinta, sayang manusia......
sedar diri.....kau ada Dia...
yang paling utama.....
 

>> Tersuka

Tersuka


Bila kau tersuka tanpa sengaja….
Mungkin sekali atau mungkin banyak kali kau merasa….
Tapi hati bila di jentik perasaan suka….
Dari suka ke jatuh cinta….
boleh jadi ke???



 


Wednesday, March 23, 2016

>> Suka…



Suka…

Hati dan perasaan itu pelik…
Memang tak pernah putus asa…
Asal dia terdiam lama…
Kau hubungi dia…
Dan dia layan kau seperti biasa…
Acapkali kau salah anggap sikapnya…
Terus mengharap walau cuba utk pergi…
Dan kau cuba utk sukakan sesiapa…
Tapi kau tak pernah berhenti mencuba dia…
Luah dan terus luah…
Walaupun jawapannya sama…
Kau hanya kawan…
Dan esoknya kita kembali jd seperti biasa….
Ibarat tiada apa2 yang terjadi…
Dan terus kembali senyum ketawa bersama…
6 tahun berlalu…mungkin lebih…
suka dan cinta itu beza…
kau sedar kau hanya suka…
bukan cinta…
dan perasaan dia x boleh paksa…
utk sukakan kau balik…
Full stop…

>> Hati



Hati

Hati….
Dalam diri makhluk ciptaanNya mesti ada hati…
Termasuk manusia
Hati adalah segumpal darah
Jika baik hatinya maka in sya Allah baik pemiliknya…
Maka dari mana pula datangnya perasaan?
Di dalam hatikah?
Dan naluri itu apa pula?
Semuanya dari hati itu sendiri…
Hati mampu bertahan dan menampung
Bermacam2 perasaan…
Sakit, marah, kecewa….
Semuanya hati yang tanggung….
Bila kau pejam mata kau mungkin berbicara…
Tapi dengan siapakah kau berbicara?
Hati? Naluri? Perasaan?
Ataupun nafsu?

>> Siapa



Siapa?

Suka2 bertamu…
Suka2 berlalu…
Suka2 jatuh hati….
Siapa kau…
Siapa aku….
Siapa kau di hati…
Siapa aku di hati…
Cukup utk kau tahu….
Cukup utk aku tahu….
Kau dan aku boleh serasi….
Salam kenal utk kau dan aku....